
PASIR PUTEH: Seramai 1,709 ketua isi rumah yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) bagi jajahan Pasir Puteh, sudah menerima Bantuan Wang Ihsan fasa pertama.
Timbalan Ketua Jajahan Pasir Puteh, Mohd Kamarulzaman Ab Wahab berkata masing-masing ketua isi rumah, menerima RM1,000 pada Disember 2022.
Pada banjir tahun lalu, seramai 6,533 orang daripada 1,709 keluarga, ditempatkan di 21 PPS bagi jajahan Pasir Puteh apabila kediaman mereka dinaiki air.
Pada majlis itu seramai 23 mangsa banjir dari kampung berkenaan menerima bantuan keperluan harian dan wang tunai bernilai RM300, sumbangan daripada Syarikat Nestcon Sdn. Bhd.
BACA JUGA
Aktivis MAPIM bertindak segera bantu ummah di Bangi Lama