Semasa

Beras Faiza taja 150 kapit beras

Pahala berlipat ganda!

Syukur Alhamdulillah! Rezeki di Jumaat yang mulia.
Satu hasrat yang sama demi untuk membantu ummah dan memanjangkan sedekah.
Malah pahala berlipat ganda apabila, sumbangan disampaikan kepada mereka yang berhak dan memerlukan.
Anak Syarikat BERNAS, Beras Faiza berbesar hati menaja 150 kapit beras seberat 5 kilogram setiap satu kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM Malaysia.
Sumbangan Beras Faiza ini kesemuanya berjumlah RM1,900.
MAPIM Malaysia diwakili oleh Norashikin Md Isa menerima penyerahan sumbangan kampit beras itu.
Dua aktivis MAPIM Muhammad Aiman Syafiq Mohd Noor dan Muhammad Faris Aiman Mohd Izani, membantu penghantaran beras itu ke gudang simpanan MAPIM di Ummah Central Warehouse.
Kampit beras ini diperolehi bagi menyantuni asnaf bagi projek bantuan domestik berupa barangan keperluan asas oleh MAPIM Malaysia.
MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300 & RM500 untuk pelbagai bantuan meliputi makanan, pembaikan rumah asnaf dan juga perkhidmatan sokongan perubatan menerusi mobile klinik. Sumbangan boleh dibuat melalui:
ATAU
menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9:00 pagi – 6:00 ptg) atau Whatapps 012-800-2016
Semoga dapat dimanfaatkan kepada mereka yang memerlukan dan mendapat keberkatan oleh-Allah SWT, InsyAllah.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button