Covid-19 : tablet antivirus Covid-19 Pfizer diluluskan oleh Britain
BRITAIN : Pesakit dewasa dengan jangkitan ringan ataupun teruk, serta mereka yang berisiko tinggi mengalami gejala yang serius, kini boleh menggunakan tablet antivirus Covid-19 Pfizer.
Menurut Agensi Kawal Selia Ubat dan Produk Penjagaan Kesihatan (MHRA) United Kingdom, berdasarkan statistik, tablet Paxlovid paling berkesan apabila digunakan pada peringkat awal jangkitan Covid-19.
Justeru itu, MHRA menasihatkan menggunakannya dalam masa lima hari selepas gejala pertama.
Paxlovid, menurut TPfizer, adalah lebih 90 peratus berkesan dalam mengurangkan kemasukan ke hospital dan kematian pada pesakit berisiko tinggi.
Menurut penemuan eksperimen baru-baru ini, ubat itu berkesan terhadap versi penyebaran cepat Omicron.
Agensi Pengawalseliaan Produk Ubat dan Kesihatan (MHRA) mengesyorkan agar ia digunakan dalam tempoh lima hari selepas gejala pertama.
MHRA bekerjasama dengan Pfizer bagi memantau keberkesanan Paxlovid terhadap Omicron.
Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif MHRA June Raine menyatakan, “Kami kini mempunyai ubat antivirus untuk terapi Covid-19 yang boleh ditelan dan bukannya diberikan secara intravena, yang bermaksud ia mungkin disediakan di luar persekitaran hospital.”
Paxlovid terdiri daripada dua komponen aktif yang diambil dua kali sehari selama lima hari sebagai dua tablet berbeza.
Lebih daripada 2.75 juta ubat terapi antivirus telah diperolehi oleh United Kingdom.
Tablet Pfizer juga sejenis ubat yang digunakan untuk merawat HIV, Hepatitis C dan jangkitan lain.
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM