Semasa

Cuaca panas: Solat hajat mohon doa kesejahteraan diadakan esok

KUALA LUMPUR: Masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diminta melaksanakan solat hajat esok, bagi memohon kesejahteraan buat negara dan masyarakat berikut keadaan cuaca panas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam kenyataan hari ini berkata masjid dan surau di bawah dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut diminta berbuat perkara sama.

(Sekadar gambar hiasan)

“Negara sedang berhadapan dengan keadaan cuaca panas dan kering yang memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat dalam urusan seharian. Sehubungan dengan itu, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus berdoa supaya cuaca kembali berada dalam keadaan baik”.

“Saya telah meminta masjid-masjid di bawah seliaan JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, untuk melaksanakan solat hajat pada 1 Jun,” katanya.

Jabatan Metrologi sebelum ini menjangkakan Malaysia akan mengalami cuaca panas dan kering berpanjangan sehingga Ogos, susulan peralihan monsun.

BACA JUGA
Banjir Johor: Sri Medan lumpuh, MAPIM Mobile Kitchen digerakkan

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button