Semasa

Datuk Jamali Shadat meninggal dunia

`Atan' sudah tiada lagi.....

KUALA LUMPUR : Pelawak ‘stand up’ komedi popular, Datuk Jamali Shadat, 78, meninggal dunia, 8.30 pagi, hari ini.

Terdahulu, keadaan beliau semakin  uzur apabila tidak mampu berjalan dan kurang selera makan.

Perkara ini dimaklumkan oleh cucunya Isyraq Ariff Zalull Ariff selepas Datuk Jamali amat terkesan dengan kematian isterinya, Lela Yacob akibat serangan angin ahmar pada Jun 2018, sehingga membuatkan dia kemurungan.

Allahyarham isterinya meninggal pada hari pertama Syawal selepas sebulan terlantar di hospital.

Sebelum itu, Jamali diserang angin ahmar dan dijaga oleh isterinya sehingga pulih.

Jamali Shadat meninggal dunia | Harian Metro

“Doktor sudah mengesahkan datuk sudah tiada. Urusan proses pengebumian akan dimaklumkan kemudian. Arwah nenek buat rumah di Pulau Indah, Klang ini dan rancang nak tinggal dengan datuk. Apabila rumah siap, nenek meninggal dan hanya jasadnya dibawa balik ke situ,” kata Isyraq.

Apa yang berlaku membuatkan Jamali amat terkesan kerana segala jadual aktiviti seni dan kehidupannya sebelum ini diuruskan oleh isterinya.

Selepas itu… dia macam termenung dan khayal. Rumahnya bersebelahan dengan rumah bapa saudara saya, Fauzi dan mereka menjaganya,” kata Isyraq lagi. “

Jamali yang dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor, mempunyai lapan anak dan 39 cucu.

Pada zaman kegemilangannya pada 1980-an, pelawak lagenda ini cukup dikenali dengan kebolehan melakonkan watak kanak-kanak bernama ‘Atan’ bersama Atuknya serta rakan berbilang kaum.

Jamali Shadat - Atan Dengan Kambing Nya (1972, Vinyl) | Discogs

Semoga Allah menempatkan beliau bersama para solehin. Amiin

  • Wartawan Zul Fikre Ali (Pelatih Fakulti Animasi UiTM)

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button