Disoal – anda kejutkan anak Solat Subuh?
Masyarakat Islam Vienna pula jadi mangsa Islamophobia
VIENNA : “Awak kenal Yahya Ayyash dan Yasser Arafat?
Demikian antara soalan dalam siasatan bagi masyarakat Islam di Vienna, yang ditahan pihak berkuasa.
70 orang ditahan minggu lalu, sebagai sebahagian tindakan peperangan ke atas orang Islam di negara itu.
Kini masyarakat Islam pula menjadi mangsa Islamophobia.
Menurut Quds News Network, QNN, polis Austria mensasarkan, ibu pejabat Ikhwanul Muslimin dan Hamas, yang didakwa mencari dana bagi kumpulan politik.
Persatuan kebajikan pelarian memberitahu QNN, seramai lebih kurang 70 orang pekerja ditahan polis dan menyoal siasat tugas mereka yang bersangkut paut dengan pelarian.
Menurut pekerja terbabit ketika dalam siasatan mereka yang disoal siasat ditanya mengenai Palestin, terutama pergerakan Hamas dan pembentukan negara Palestin.
Sumber memberitahu soalan ditanya secara rawak dan berselang seli membabitkan kepercayaan dan hal ehwal Palestin, juga lain-lain.
Soalan apakah anda memiliki sahabat rakyat tempatan Austria? Adakah anda mengejutkan anak solat Subuh? Adakah anda kenal Yahya Ayyash atau Yasser Arafat yang tidak ada kena mengena dengan pembiayaan tindakan keganasan.
Kebanyakan yang diserbu ialah orang Mesir, Syria dan juga Palestin.
Serbuan pula didakwa dilakukan secara kasar dengan membawa anjing pengesan.
Malah pihak polis juga menggunakan anak-anak mangsa tahanan untuk menunjukkan di mana ayah mereka menyembunyikan wang.
Menurut Times, beberapa telefon bimbit, dokumen, komputer, dan sejumlah wnag tunai dirampas bagaimanapun tiada senjata api atau bahan letupan ditemui.
Media Austria juga berkata sejumlah 25 juta Euro dirampas daripada jumlah tahanan berkenaan bagaimanapun perkara itu tidak dapat disahkan.
Operasi besar-besaran terhadap masyarakat Islam ini susulan laporan daripada pakar perisikan Mesir tiga minggu lalu, berhubung, kempen peperangan orang Islam, oleh Austria oleh Canselor, Sebastian Kurz.
Kurz, pada waktu itu, memberitahui akhbar Jerman, Die Welt, beliau mendakwa Islam adalah agama pelampau yang mahu memecah-belahkan masyarakat Austria, dan kebencian ini tidak harus diberi ruang, dan Islam kata Kurz adalah musuh dan keganasan sambil menolak perlunya ada tolak ansur.
Pada 2 November lalu, penyerang menembak 4 orang di tengah Vienna sebelum dia ditembak mati polis.
Kejadian berlaku selepas beberapa hari kejadian serangan di Perancis. – QNN