NABLUS: Dua bersaudara Palestin terbunuh dalam serangan rempuhan kereta oleh seorang peneroka israel berhampiran pusat pemeriksaan Za’tara, di selatan Nablus Tebing Barat pada malam Sabtu, menurut sumber tempatan.
Mohammad dan Muhannad Yousef Mteir, dari kem pelarian Qalandia di Baitulmaqdis yang diduduki, terbunuh dalam serangan itu, lapor Zakaria Fayala, jurucakap Gabenor Baitulmaqdis.
lsraeli settlers murders a Palestinian young man and seriously injures his brother after he intentionally ran them over at Za’tara checkpoint south of Nablus city. pic.twitter.com/bXSJvQM06Z
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) December 17, 2022
Fayala berkata, kedua-dua beradik itu berada di tepi jalan berhampiran pusat pemeriksaan sedang membetulkan kebocoran pada salah satu tayar kenderaan mereka apabila seorang peneroka israel memandu kenderaannya ke arah mereka dan membunuh Mohammad serta mencederakan Muhannad.
Father of Mohammad and Mohannad Mteir bids final farewell to his two sons who were deliberately run over by an lsraeli settler south of Nablus city last night. pic.twitter.com/XtzdwF7Rco
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) December 18, 2022
Jasad Mohammad dibawa ke hospital di bandar berhampiran Nablus, manakala Muhannad, yang dilaporkan cedera parah, dikejarkan ke hospital di israel untuk rawatan perubatan, sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Imad Mutair, sepupu kepada Mohammad dan Muhannad, berkata dua sepupunya terbunuh selepas dilanggar kuat oleh seorang peneroka israel yang memandu laju ke arah mereka.
Sejak awal tahun, jumlah rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera israel telah meningkat kepada 218, termasuk 52 di Semenanjung Gaza dan 166 di Tebing Barat.
BACA JUGA
Gadis Palestin korban terbaharu tentera israel laknatullah
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini