DuniaSyria

Golongan ibu di Turki kait pakaian sejuk untuk kanak-kanak Syria, Afghanistan

ISTANBUL : Hampir 200 wanita yang terdiri dari golongan ibu di Turki mengait kopiah, sarung tangan, sapu tangan, baju sejuk dan jaket untuk kanak-kanak di Syria dan Afghanistan.

Mereka berkumpul di pejabat Yayasan Bantuan Kemanusiaan (IHH) di wilayah Elazığ timur Turki melancarkan kempen yang dipanggil “Winter freezes and we warm” bagi membantu kanak-kanak yang memerlukan di Syria dan Afghanistan.

Selepas kempen tersebut berlangsung selama dua bulan, 2,500 kanak-kanak di Syria dan Afghanistan mendapatkan menerima pakaian hasil air tangan mereka.

Bercakap kepada Agensi Anadolu (AA), pegawai IHH, Edanur Özdemir berkata bahawa mereka memulakan usaha itu selepas melihat ramai kanak-kanak tidak mempunyai stokin untuk dipakai.

Menurutnya, mereka terjumpa seorang bapa yang sanggup berjaga pada waktu malam supaya anak-anak mereka tidak kesejukan, Özdemir menambah bahawa wanita juga bekerja keras berganding bahu membantu mereka yang memerlukan.

“Kami gembira dapat menghantar pakaian ini kepada kanak-kanak di sana. Hasil titik peluh kami bekerja tanpa jemu demi menghulurkan bantuan kepada setiap keluarga,” katanya.

Pegawai itu juga menambah bahawa mereka telah menghantar pakaian yang cukup untuk 700 kanak-kanak ke kem di Afghanistan dan Syria setakat ini.

Pengajar bertauliah di Pusat Pendidikan Awam di Baskil, Seher Çalışır juga berkata bahawa institusi itu juga menyokong usaha itu.

“Pelatih kami, meninggalkan kerja mereka sendiri, menyokong kempen itu juga,” katanya.

“Kami melakukan segala yang kami mampu supaya kanak-kanak tidak membeku.”

-AGENSI


*MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas ini kerana kutipan Dana masih lagi berkurangan untuk sasaran RM6,000,000. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

Related Articles

Back to top button