Harga RON97 naik 5 sen, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR : Harga runcit petrol RON97 meningkat 5 sen seliter, manakala harga RON95 dan diesel kekal tidak berubah, bagi tarikh 27 Januari hingga 2 Februari
Menurut Kementerian Kewangan, harga runcit bahan api RON97 meningkat daripada RM3.07 kepada RM3.12 seliter hari ini, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter.
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan sebenar harga minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada harga siling RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter. liter, walaupun harga pasaran sebenar kedua-dua produk telah meningkat melebihi harga siling,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan turun naik harga minyak mentah global dan mengambil langkah sewajarnya bagi menjamin kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.
-AGENSI