Dunia

Hujan lebat di Tenggara Brazil, 10 dilaporkan maut

RIO DE JANEIRO : Hujan lebat yang melanda Tenggara Brazil, Minas Gerais telah mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang dalam temph 24 jam manakala 13,000 lagi terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

Menurut laporan Xinhua, sebuah keluarga yang menaiki kereta di ibu kota wilayah metropolitan Belo Horizonte di sini merupakan antara mangsa yang terlibat.

Kereta mangsa yang juga sepasang suami isteri, anak mereka berusia tiga dan enam tahun serta seorang lagi saudara tertimbus dalam kejadian tanah runtuh.

Banjir besar dan tanah runtuh berlaku di kawasan tersebut ekoran hujan lebat sejak hujung minggu lalu.

Sebanyak 145 daripada 853 pihak berkuasa tempatan di negeri itu menetapkan situasi kecemasan, manakala lebih 17,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Beberapa sungai di negeri Minas Gerais melimpah akibat hujan lebat, selain ancaman bahaya bahawa beberapa empangan mungkin melimpah.

Sejak awal musim hujan pada Oktober lalu, sekurang-kurang 19 orang terbunuh di negeri berkenaan.

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button