Semasa

Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia jatuh ke tangga 57

Denmark, New Zealand, Finland, Singapura di tangga teratas

SHAH ALAM : Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia bagi tahun 2020 jatuh ke kedudukan 57 berbanding tangga 51 pada 2019.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan berkata, daripada 180 negara, Malaysia mencatatkan skor 51 daripada 100 berbanding skor sebanyak 53 peratus pada tahun sebelumnya.

“Kejatuhan kedudukan ini perlu kita risaukan dan pertingkatkan.”

“Saya yakin kita boleh pertingkatkan kedudukan ini berbanding negara-negara seperti Rwanda yang menduduki tangga 49 dan Poland pada tangga 45,” katanya ketika melancarkan laporan CPI 2020 secara maya pada Khamis (28 Jan)

Mengulas lanjut, beliau berkata, negara yang menduduki tangga teratas dalam CPI itu ialah Denmark, New Zealand, Finland dan Singapura.

Menurutnya, dalam CPI 2020 peringkat negara Islam pula, Malaysia menduduki tangga keenam selepas Emeriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Brunei, Oman dan Arab Saudi.

Untuk ASEAN pula, katanya, Malaysia berada di kedudukan ketiga selepas Singapura yang berada di tangga pertama dengan mencatatkan skor 85 peratus dan berada pada tangga empat dunia.

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button