Individu belum lengkap vaksin dilarang bercuti di Port Dickson
Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday
PORT DICKSON : Jangan harap dapat bersuka ria di pantai perangingan terkenal, Port Dickson jika anda belum lengkap menerima suntikan vaksin.
Hal ini kerana, Individu yang tidak lengkap menerima dua dos suntikan vaksin tidak dibenarkan melakukan aktiviti berkelah dan perkhemahan di pantai tersebut.
Perkara itu digariskan dalam prosedur operasi standard (SOP), Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) sejak pantai di daerah ini dibuka sejak 26 Ogos lalu.
Meurut Yang Dipertua MPPD, Zamri Mohd Esa, semua aktiviti berkumpulan juga tidak dibenarkan kecuali kumpulan kecil dalam kalangan ahli keluarga yang sama.
“Aktiviti perkelahan dan perkhemahan adalah dibenarkan dalam daerah yang sama dan individu yang sudah menerima suntikan vaksin lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah bagi menyertai aktiviti dengan pematuhan SOP yang ketat.
“Namun mereka juga perlu patuh penjarakan sosial semasa berada di kawasan pantai selain mematuhi protokol kesihatan umum,” katanya tadi.
Mengulas lanjut, aktiviti pelancongan juga hanya dibenarkan dalam negeri yang sama sahaja membabitkan hotel dan inap desa seperti arahan awal PPN bagi seluruh kawasan di Negeri Sembilan.
Harian Metro
Nurshazlin Shahrom