
Israel mengarahkan Britain supaya menutup konsulatnya di Baitulmaqdis Timur yang diduduki serta membatalkan akreditasi diplomat yang bertugas di situ dalam tempoh 30 hari, menurut sumber rasmi.
Langkah itu diambil sebagai tindak balas langsung terhadap keputusan United Kingdom (UK) yang mengenakan sekatan terhadap penempatan haram Israel di Tebing Barat yang diduduki.
Selain itu, wakil British yang ditugaskan ke misi penyelarasan Gaza pimpinan Amerika Syarikat di Israel, serta diplomat British yang berpangkalan di Ramallah, diarah berlepas dalam tempoh tujuh hari.
Menteri Luar Israel, Gideon Saar, sebelum ini menegaskan bahawa Britain mesti menutup konsulat tersebut berikutan tindakan tegas London melarang import barangan dari penempatan haram. Tindakan UK ini turut disokong oleh negara seperti Perancis dan Kanada yang turut merancang sekatan perdagangan serupa.
Di samping Britain, negara Eropah lain seperti Perancis dan Sweden turut mempunyai konsulat di Baitulmaqdis Timur yang diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Palestin.
Sumber: Reuters (melalui TRT World)