Dunia

Israel halau rakyat Palestin untuk beri laluan latihan ketenteraan

Pihak berkuasa Israel mengarahkan beberapa keluarga Palestin di utara Lembah Jordan meninggalkan rumah mereka selama sepuluh hari supaya latihan ketenteraan boleh diadakan di kawasan itu.

Menurut agensi berita Wafa, tentera Israel mengeluarkan notis kepada beberapa penduduk tempatan di kampung Khirbet Ibzeq, yang terletak berhampiran bandar Tubas di timur laut Tebing Barat, mengarahkan mereka meninggalkan rumah mereka setakat hari ini.

Keluarga itu kini terpaksa mencari tempat tinggal sementara semasa musim sejuk yang melampau.

Mereka juga bimbang latihan itu membakar kawasan besar tanah ladang dan harta benda di utara Lembah Jordan, yang akan mengakibatkan kerugian yang besar.

Masyarakat Palestin di Lembah Jordan sentiasa diganggu oleh rejim Israel dalam usaha untuk memaksa mereka meninggalkan kawasan itu untuk menggembangkan penempatan haram.

Sejak 1967, apabila tentera Israel menduduki Tebing Barat, zionis telah memindahkan sekurang-kurangnya 11,000 warga Yahudinya ke Lembah Jordan.

Beberapa penempatan di mana mereka tinggal dibina hampir keseluruhannya di atas tanah persendirian Palestin.

-AGENSI


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button