DuniaPalestin

Rakyat Palestin meninggal dunia ditembak tentera Israel

Nabil Ghanem sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya ditembak tentera Israel

QALQILIA : Tentera Israel membunuh seorang lelaki Palestin berhampiran tembok pemisah di selatan bandar Qalqilia di Tebing Barat yang diduduki, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Menurut laporan agensi Wafa, mangsa dikenal pasti sebagai Nabil Ahmad Ghanem, 53, seorang penduduk Nablus sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya sebelum tentera Israel melepaskan tembakan ke arahnya.

Ghanem disahkan oleh doktor meninggal dunia akibat kecederaan teruk selepas ditahan di hospital Israel di Kefar Saba dalam keadaan kritikal.

Tentera Israel berkata dalam satu kenyataan bahawa tenteranya “menembak dan mencederakan rakyat Palestin dan menuduh mangsa menyusup melalui dinding berhampiran Qalqilya ke dalam Laluan Hijau.

Terdahulu, dua pekerja Palestin cedera selepas tentera Israel melepaskan tembakan ke arah mereka berhampiran bandar Idna, daerah Hebron.

Sementara itu, tentera Israel melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah puluhan pekerja berhampiran pusat pemeriksaan tentera Al-Taybeh di Tulkarm.

Tentera Israel telah menyerang pekerja di sepanjang tembok pemisah di kampung dan bandar Tebing Barat, menghalang ribuan rakya Palestin daripada sampai ke tempat kerja mereka.

Israel mula membina tembok pemisah, yang dikenali sebagai Tembok Apartheid, pada 2002 dengan mendakwa ia bertujuan untuk melindungi rakyatnya.

Bagaimanapun, Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan pada tahun 2004 bahawa tembok itu melanggar undang-undang antarabangsa kerana ia membawa kepada kemusnahan dan rampasan tanah dan harta benda Palestin.

Malah, Zionis Israel mengenakan sekatan yang menyalahi undang-undang ke atas pergerakan rakyat Palestin.

Untuk rekod, lebih 65 rakyat Palestin di Tebing Barat telah dibunuh oleh tentera Israel tahun ini, termasuk wartawan Shireen Abu Akleh, seorang wartawan TV terkemuka dengan Al Jazeera.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button