PalestinSemasa

Israel membunuh kanak-kanak yang tidak bersalah

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

Pengeboman Israel ke atas Gaza selama tiga hari bermula 5 ogos lalu telah membunuh hampir 50 rakyat Palestin dengan mencederakan lebih 360 orang.

Ini termasuk 17 daripada mereka merupakan kanak-kanak. Lima daripada kanak-kanak yang terbunuh di tanah perkuburan semasa kanak-kanak sedang menziarahi datuk mereka.

Israel pada mulanya tidak mengaku dan mengatakan roket tersebut milik pejuang Islam. Namun akhirnya mereka mengeluarkan kenyataan bahawa Israel mengakibatkan 5 kanak-kanak tersebut terbunuh.

Penduduk telah mengadakan perhimpunan dan menuntut keadilan keatas perbuatan Israel yang menamatkan nyawa Ihab Nijm (13), Jamil Nijm al-Din Nijm (4), Hamid Nijm (16), Mohammed Salah Nijm (17) dan Nazmi Fayez Abu Karsh (14).

Sambil memegang sepanduk dengan frasa seperti “Mereka telah membunuh kanak-kanak”, “Mereka membunuh orang yang tidak berdosa”. Penduduk berharap agar perbuatan Israel didakwa dan dikecam oleh masyarakat dunia.

Sebelum ini laporan akhbar mengatakan sebuah kumpulan hak asasi manusia Palestin dan sebuah akhbar Israel melaporkan pada hari Selasa bahawa letupan yang berlaku di tanah perkuburan yang membunuh lima orang kanak-kanak Palestin adalah disebabkan oleh serangan udara Israel dan bukannya roket Palestin.

Lima kanak-kanak itu berusia 4 hingga 16 tahun telah berkumpul di tanah perkuburan tempatan bagi menziarahi datuk mereka.

Kawasan itu merupakan kawasan lapang di kem pelarian Jebaliya yang sesak. Kejadian berlaku beberapa jam sebelum genjatan senjata yang diusahakan oleh pihak Mesir bagi menamatkan pertempuran hebat di Gaza.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button