Jenazah ‘Mufassir’ Sheikh As-Sabouni selamat dikebumikan
Salam terakhir buat permata Ummah
ISTANBUL 20 Mac : Umat Islam membanjiri kawasan Masjid Al Fatih di Istanbul, Turki bagi menunaikan solat jenazah Almarhum Sheikh Mohammed Ali As Sabouni semalam.
Pengebumian tokoh Islam itu diiringi dengan laungan kebesaran Allah SWT, doa dan selawat yang tidak lekang dari bibir umat Islam yang hadir di Masjid Al Fatih itu pada lebih kurang selepas Solat Zohor jam 2:00 petang ( lebih kurang jam 7:00 petang waktu Malaysia).
Bukan sahaja mendapat kemuliaan daripada Allah SWT malah mendapat penghormatan daripada pucuk pimpinan negara Turki, untuk disemadikan bersebelahan pusara bekas Perdana Menteri Turki Al Marhum Najmuddin Arbakan yg merupakan pengasas gerakan Islam di Turki.
Ustaz Nazmi Karim melalui hantaran di FB beliau berkata atas arahan Presiden Reccep Tayib Erdogan solat jenazah Al Marhum Syeikh Assobuni dilakukan di Masjid Sultan Al Fateh Istanbul dan disemadikan bersebelahan pengasas gerakan Islam Turki.
Menurutnya, liang lahad, Presiden Turki telah mengkhususkan liang lahad ini untuk jenazah orang-orang soleh sebaik mendapat berita pemergian Almarhum Sheikh.
Rata rata di media sosial tersebar klip video pemakaman Almarhum Sheikh As Sabouni yang dibanjiri dengan seluruh umat Islam.
“Tempat persemadian terakhir Syeikh Mohammad Ali As Sobuni. Bersebelahan kubur Pengasas Gerakan Islam Turki, Najmuddin Arbakan. Tenanglah Roh beliau di sana Insyaallah.”- Ustaz Nazmi Karim
Berita pemergian Almarhum Sheikh As Sabouni pada 19 Mac ditangisi seluruh umat Islam kerana ilmu beliau yang tinggi. Seorang ulama mufasir yang kreatif, menulis beberapa tentang tafsir, diantara karyanya yang terkenal adalah “Shafwah al-Tafaasir”. Kitab tafsir Al-Qur’an ini merupakan salah satu tafsir terbaik, karena luasnya pengetahuan yang dimiliki oleh Almarhum.
Selain dikenal sebagai hafiz Al-Qur’an, Al-Shabuni juga memahami dasar-dasar ilmu tafsir, guru besar ilmu syariah, dan ketokohannya sebagai seorang intelektual Muslim serta mengabdikan dirinya untuk mengajar dan menulis. Almarhum Sheikh Ali as Sabuni juga kerap memberikan kuliah terbuka bagi masyarakat umum di Masjidil Haram selama 28 tahun.
Menurut laman portal Prime Time Zone, Pengebumian itu juga dihadiri oleh tokoh agama dan politik dari beberapa negara, sejurus selepas solat Zohor
Antara pemimpin yang turut serta dalam pengebumian itu ialah Wakil Ketua Syria Label blok parlimen, Parti Keadilan dan Pembangunan yang berkuasa di Turki, Mehmet Amin Akbashoglu.
Serta penasihat presiden parti, Yassin Aktay dan ketua Majlis Islam Syria, Sheikh Osama al-Rifa.
Jenazah cendekiawan Syria itu dikebumikan di tanah perkuburan “Effendi Center” atau pusara tokoh cendekiawan Islam yang lain di Istanbul, Turki.
Tamer Almisshal, Wartawan Palestin, turut meluahkan rasa dukacita beliau atas pemergian Almarhum Sheikh As Sabouni dalam tweet yang ditulis dan sisipan klip video pengebumian cendekiawan Islam itu di laman sosial Twitter nya .
Dari pengebumian ulama dan ahli fikah Sheikh Muhammad Ali as Sabouni ke tempat istirahat terakhirnya … Ya Tuhan, kasihanilah dia, dan kami milik Tuhan dan kepada-Nya kami akan kembali – Tamer Almisshal / Wartawan Palestin
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.
-Al Fatihah
“Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu”
Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya
Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Penyiaran Nurshazlin Shahrom.