Semasa

Jepun akan mengumumkan perintah separa darurat

TOKYO : Berikutan peningkatan jumlah kes Covid-19, kerajaan Jepun bersedia mengumumkan perintah separa darurat di Okinawa, wilayah pulau selata, dalam masa terdekat, menurut akhbar The Mainichi.

Ia sekali gus membolehkan kerajaan mengenakan semula perintah darurat sejak 30 September lalu, selepas Jepun menarik balik semua perintah darurat dan separa kecemasan tahun lalu.

Buat pertama kali dalam tiga bulan, jumlah kes baharu Covid-19 di Jepun melepasi 1,000 pada hari Selasa, dengan 225 kes di Okinawa menjadikannya salah satu kawasan yang paling teruk terjejas di negara itu.

Gabenor Okinawa, Denny Tamaki, memaklumkan Ketua Setiausaha Kabinet, Hirokazu Matsuno, bahawa beliau sedang mempertimbangkan bagi mendapatkan perintah separa kecemasan, yang akan melibatkan sekatan pada waktu operasi restoran dan bar.

Menurut akhbar itu, Matsuno menyatakan bahawa kerajaan akan bertindak dengan segera.

Okinawa memasuki ‘gelombang keenam’ COVID-19, Tamaki ketika memberitahu media bahawa varian Omicron menjadi punca penyebaran pantas virus itu.

Tamaki berkata, 225 kes virus dilaporkan semalan adalah yang tertinggi di Okinawa dalam tempoh lebih tiga bulan dan jangkitan dalam pangkalan tentera AS di wilayah itu terus meningkat.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button