DomestikPendidikanSemasa

Keputusan STAM 2021 diumum 30 Jun ini

PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2021 akan diumumkan pada 30 Jun (Khamis) ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan, calon peperiksaan boleh melakukan semakan keputusan STAM bermula jam 10 pagi hari tersebut, manakala calon persendirian slip keputusan akan dihantar melalui pos pada tarikh yang sama.

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan STAM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada 30 Jun 2022.

Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan STAM akan dihantar melalui pos pada 30 jun 2022.” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambahnya lagi, keputusan juga boleh disemak secara dalam talian di pautan myresultstam.moe.gov.my bagi mendapatkan slip keputusan STAM 2021.

Keputusan boleh disemak bermula jam 10 pagi pada 30 Jun sehingga pukul 6 patang pada 6 Julai 2022.

Kaedah sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan STAM 2021 dengan menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.”

Sistem ini diaktifkan bmulai pukul 10 pagi pada 30 Jun 2022 sehingga 6 Julai jam 6 petang,” katanya.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin turut menasihati calon peperiksaan walau apa jua keputusan yang diperolehi, kekal positif kerana mereka ini telah lakukan yang terbaik.

Pakcik tahu anak-anak telah melakukan yang terbaik, apa pun keputusannya, jalan terus ke depan! Perjalanan masih jauh,” katanya di dalam Facebook.

KPM sebelum ini memaklumkan  peperiksaan STAM yang dilaksanakan pada 29 Mac hingga 7 April tahun lalu, diduduki seramai 7,277 calon di 236 pusat peperiksaan seluruh negara.

Related Articles

Back to top button