Semasa

Kids Jamboree – Edisi Palestin untuk mengisi aktiviti cuti sekolah anak-anak

Demi Palestin

Bangi :  Isu Palestin bukan isu bermusim, ia adalah isu yang tidak akan selesai selagi mana Palestin masih ditindas oleh zionis. Namun bagaimana kita mahu memastikan, generasi seterusnya masih mengekalkan semangat yang sama seperti kita?

Kita tidak boleh ‘take for granted’ yang anak-anak kita akan faham sendiri berkenaan penderitaan anak-anak Palestin. Kita perlu pastikan mereka dididik dan difahamkan dengan isu ini. Tetapi bagaimana kerana ia bukan isu ringan sedangkan usia mereka pula masih pucuk?

Itulah objektif penganjuran Kids Jamboree – Edisi Palestin yang diadakan sempena musim sekolah ini. Ia bagi memberikan pemahaman kepada anak-anak ini tentang isu Palestin dengan cara yang santai lagi menghiburkan. Antaranya adalah melalui pertandingan pidato, sajak, melukis dan mewarna, kuiz dan explorace.

Program secara Zoom ini dianjurkan oleh Mush Adi International, Philandure dengan kerjasama MyAqsaDefenders, bersama rakan media Ummah Today dan MAPIM Malaysia.

Program ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran artis dan pempengaruh terkenal Malaysia seperti Bro Harith, Imam Muda Asyraf, Tuan Nadir Al Nuri, The Helmis, Mama Tiyah, Ustazah Isfadiah dan kumpulan nasyid Inteam.

Lebih menarik, program ini sesuai disertai oleh anak-anak berumur 5 hingga 12 tahun. Untuk menyertainya, hanya perlu membayar tiket berjumlah RM69 untuk seisi keluarga. Penyertaan adalah terhad, tarikh tutup sebelum, 14 September 2021
Bersama kita sebarluaskan program ini di mana-mana media sosial kita.

Related Articles

Back to top button