DomestikSemasa

Kurniaan Istana bukan untuk tarik populariti – Permaisuri Johor

JOHOR BAHRU: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Idris Shah bertitah sebarang hadiah yang dikurniakan daripada Istana Johor tidak sepatutnya disalah gunakan bagi mendapat perhatian atau populariti di media sosial.

Menerusi akaun TikTok ‘shafeqyahya’ yang menayang beberapa hadiah kurniaan daripada Istana Bukit Serene Johor Bahru, malah baginda bertitah tidak mengenali siapa individu pemilik akaun tersebut.

“Saya tahu hadiah-hadiah itu dan ia sebenarnya hadiah kurniaan kepada sesetengah pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Johor sebagai penghargaan ikhlas atas perkhidmatan mereka.

“Saya tidak mengenali siapa ‘shafeqyahya’ ini dan saya mengesyaki hadiah-hadiah itu disalah gunakan untuk meraih ikutan dan populariti di media sosial, seolah-olah mempunyai hubungan yang rapat dengan Keluarga DiRaja Johor,” titah baginda dalam hantaran di media sosial facebook, The Royal Johor.

http://

Sehubungan itu, baginda bertitah satu laporan polis akan dilakukan untuk menyiasat sama ada wujudnya penyamaran sebagai pegawai kerajaan Johor atau elemen salah guna.

Dalam beberapa video TikTok individu tersebut menunjukkan beberapa hadiah kurniaan dari Istana Johor seperti loket rantai, syiling bewarna emas, set pen dan tasbih dan samping raya.

Antara kurniaan hadiah daripada Istana Johor. Sumber FB The Royal Johor.
Antara hadiah kurniaan dari Istana Johor yang dipaparkan dalam TikTok. Sumber FB The Royal Johor

-Agensi

Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button