DuniaPalestin

Lelaki Palestin 12 hingga 40 tahun dilarang Israel untuk solat Jumaat di Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS : Lelaki Palestin yang berumur antara 12 dan 40 tahun telah dilarang oleh rejim Israel untuk memasuki ke Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat Jumaat ketika Ramadan.

Menurut Agensi Anadolu, kebenaran hanya diberikan  kepada wanita Palestin, kanak-kanak di bawah 12 tahun dan lelaki lebih 50 tahun untuk masuk ke masjid tersebut jika mahu menunaikan solat.

Namun, lelaki berumur antara 40 dan 50 tahun perlu mendapatkan kebenaran khas terlebih dahulu.

Dalam pada itu, permit akan diberikan kepada rakyat Palestin yang mempunyai saudara-mara di Israel untuk melawat pada Ahad dan Khamis.

Rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki perlu mendapatkan kebenaran khas untuk melawat saudara-mara dan tempat suci termasuk Masjid al-Aqsa.

Rakyat Palestin terpaksa melalui satu daripada 23 pusat pemeriksaan untuk keluar dari Tebing Barat yang diduduki.

– AGENSI


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button