Dunia

Letupan gas di Pakistan, 12 terkorban

KARACHI : Letupan gas yang berlaku di bandar pelabuhan Karachi, Pakistan telah meragut sekurang-kurangnya 12 orang dan beberapa lagi cedera, menurut polis.

Media sosial serta rakaman televisyen menunjukkan kejadian tersebut berlaku di sebuah bangunan bank di kawasan Sher Shah.

Kereta dan motosikal yang terletak berdekatan lokasi kejadian turut musnah.

Polis wilayah memberitahu AFP, punca kejadian masih dalam siasatan oleh pihak skuad pemusnah bom, namun kelihatan ia berpunca daripada kebocoran gas

“12 orang disahkan terbunuh manakala 13 lagi sedang menerima rawatan akibat pelbagai kecederaan,” menurutnya.

Kes letupan disebabkan kerosakan silinder gas yang digunakan untuk memasak dan di dalam kereta adalah perkara biasa di Pakistan.

Karachi, yang bertanggungjawab terhadap 60 peratus keluaran ekonomi Pakistan, sekian lama mengalami masalah infrastruktur yang usang, pembinaan haram dan perkhidmatan perbandaran yang kurang cekap.

– Al Arabiya News

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button