DuniaEkonomi

Lubnan berdepan krisis roti, gandum

BEIRUT : Lubnan kini berdepan dengan isu kekurangan tepung gandum sehingga menyebabkan lebih banyak kedai roti di selatan negara itu terpaksa menggantung perniagaan.

Menurut ketua Sindiket Pemilik Kedai Roti di Lubnan Selatan, krisis roti kini sedang melanda beberapa bahagian di Lubnan ketika negara kecil Mediterranean itu bergelut  dengan kejatuhan mata wang.

Bank Pusat Lubnan dilaporkan telah menangguhkan pembayaran import gandum kerana rizab mata wang telah jatuh sejak krisis ekonomi yang bermula pada akhir 2019.

“Sebilangan besar kedai roti menghentikan kerja hari ini dan lebih banyak lagi akan mengambil langkah sama berikutan mereka tidak lagi mempunyai tepung dan sukar memenuhi bekalan roti bagi rakyat,” kata Zakaria Al-Arabi Al-Qudsi seperti dilaporkan laman berita Elnashra.

Menteri Kewangan Lubnan mengumumkan bulan lalu bahawa konflik Ukraine-Russia merupakan antara salah satu faktor yang menyebabkan mereka terjejas dari segi akses negara itu kepada gandum.

Beliau sedang berusaha mendapatkan sumber lain bagi komoditi itu tetapi harus menantikan dana daripada bank pusat.

Terdapat kebimbangan bahawa subsidi gandum bakal dihentikan oleh Bank Pusat yang mungkin menyebabkan harga roti meningkat dua kali ganda di negara itu,

Kehidupan rakyat yang hidup dalam serba kemiskinan akan jadi lebih parah yang melibatkan 70 peratus isi rumah di negara itu.

Lubnan sedang bergelut dengan krisis kewangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini disebabkan kekurangan mata wang dolar Amerika yang menghalang keupayaan negara itu untuk mengimport keperluan makanan asasnya.

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button