BanjirSemasa

Mangsa kelima kepala air ditemui menghadap kiblat, bersih dan sempurna biarpun lima hari hanyut

YAN: Mayat mangsa kelima kejadian kepala air di Gunung Jerai ditemui dalam keadaan baik, bersih dan sempurna walaupun sudah lima hari dihanyutkan.

Mangsa, Ku Shuib Ku Abdullah, 91, bekas Imam Masjid Jamek Badlishah, di sini ditemui di bawah timbunan kayu ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan.

“Mangsa kelima ditemui menghadap kiblat dan tidak mengalami kecederaan teruk cuma luka sikit akibat ditimpa kayu,” kata Mohamad Izham Aminuddin.

Mohamad Izham adalah pegawai Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor yang turut serta dalam misi membantu mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang hilang dalam kejadian kepala air di Gunung Jerai, Rabu lalu.

Related Articles

Back to top button