DomestikKemanusiaanSemasa

MAPIM hulur sumbangan kepada masyarakat orang Asli di Kampung Sungai Lalang

SEMENYIH : Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, hanya budaya dan gaya hidup yang membezakan antara mereka dan masyarakat luar.

Mengamalkan cara hidup yang sederhana tanpa memikirkan soal teknologi yang kian canggih, dan cukup makanan ubi kayu sahaja   untuk mereka.

Namun, ia tidak bermakna mereka bebas daripada kesempitan hidup. Mereka turut terjejas daripada segi bekalan makanan dan kesukaran mencari pekerjaan demi mencari sesuap nasi.

Hari ini, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah bekerjasama dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Orang Asli bagi memberikan sumbangan kepada masyarakat orang Asli di Kampung Orang Asli Sungai Lalang di Semenyih.

Menurut Ketua Pegawai Tugas-Tugas Khas MAPIM, Leftenan Syahir Syahrumi, sebanyak 170 kotak telah diagihkan kepada penduduk di perkampungan tersebut yang kebanyakannya terdiri daripada suku Temuan.

“Alhamdulillah, hari ini MAPIM berada di kawasan Kampung Orang Asli Sungai Lalang untuk menyantuni penduduk di sini, kami mendapat maklumab bahawa mereka memerlukan bantuan seperti makanan asas dan sebagainya dan kami datang untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka.

“Bantuan ini tidak mampu menyelesaikan masalah, namun diharapkan usaha kami ini dapat mengukir senyuman kepada mereka dan memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa golongan orang Asli ini juga perlu disantuni dan diberi perhatian,” katanya.

UMMAHToday juga sempat menemu bual Penolong Pengarah Kanan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Nor Faisal Mohd Leman yang mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MAPIM yang sudi hadir menyampaikab kotak makanan kepada penduduk orang Asli di sini.

“Semoga usaha MAPIM mendapat ganjaran pahala dan sentiasa diberkati Allah S.W.T, harap-harap pada masa hadapan kolaborasi ini dapat diteruskan lagi untuk program berikutnya untuk membantu masyarakat orang Asli di kawasan lain pula,” katanya kepada wartawan UMMAHToday.

Bantuan tersebut disampaikan dalam Program Celik Undang-Undang Syariah dan Keselamatan Negeri Selangor anjuran JAIS dan turut disertai oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Ia bertujuan memberi penjelasan kepada orang asli tentang undang-undang syariah serta mendidik mereka agar menjauhi perkara-perkara mungkar.


AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button