DomestikKerohanianPendidikan

Melaungkan azan menggunakan pita rakaman, boleh ke ?

oleh Azrina Amri, wartawan pelatih

Azan adalah satu zikir yang khusus dilaungkan oleh umat Islam sebagai pemberitahuan masuknya waktu solat fardhu serta  menyeru orang mukmin bersama menunaikan solat.

Apabila masuk sahaja waktu solat, azan perlu dilaungkan seperti yang disebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Malik bin Al-Huwairith RA berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Maksudnya : “Maka apabila waktu solat telah masuk, hendaklah salah seorang dari kamu melaungkan azan.” Riwayat al-Bukhari

Di sisi mazhab Imam al-Syafi’e, hukum melaungkan azan adalah sunat muakkad untuk kesemua lima solat fardhu.

Justeru itu, adakah azan boleh dilaungkan menggunakan pita rakaman sahaja?

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Apabila masuk waktu solat, hendaklah salah seorang daripada kamu melaungkan azan dan hendaklah menjadi imam orang yang paling tua dalam kalangan kamu.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim 

Dapat kita lihat dalam hadis di atas, hendaklah salah seorang daripada kamu melaungkan azan, iaitu seseorang yang hadir dalam masjid atau surau ketika masuk waktu solat fardhu untuk melaungkan azan bukan melalui alat rakaman.

Oleh itu, menjadi kewajipan ke atas umat Islam untuk mengumandangkan azan secara langsung pada setiap waktu solat di setiap masjid mahupun surau sebagaimana amalan ini telah diwarisi kaum lelaki sejak dari zaman Nabi kita Muhammad SAW sehingga kini.

Related Articles

Back to top button