Domestik

Misi Ramadan MAPIM Rangers: Ramadan bermakna buat masyarakat Orang Asli di Pahang

KUALA LIPIS: Alhamdulillah, sudah masuk hari ke-15 kita berada dalam bulan Ramadan, bulan yang mulia.

Walaupun dalam keadaan menahan lapar dan dahaga di kala melaksanakan rukun Islam ke-3, tim sukarelawan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) masih meneruskan misi kemanusiaan mereka.

Tim MAPIM Malaysia dan MAPIM Rangers turun ke bumi Pahang di Kampung Rakoh, Pos Lenjang, Kuala Lipis bagi menggerakkan Misi Ramadan di sana.

Menurut Setiausaha Agung MAPIM Malaysia, PPj Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol mereka telah ke kawasan perkampungan orang Asli dengan kekuatan lima kereta pacuan empat roda.

“Syukur hari ini tim MAPIM dan MAPIM Rangers telah tiba di negeri Pahang Darul Makmur, kita telah melancarkan Misi Ramadan bagi menghulurkan bantuan dan menyantuni masyarakat Orang Asli di sini. Kita telah sumbangkan sebanyak 100 kotak yang berisi barangan keperluan asas, 150 pek kurma serta 150 pek air kotak kepada penduduk di kawasan perkampungan Orang Asli di sini,” katanya ketika ditemubual wartawan UMMAHToday.

Menurutnya lagi, perjalanan untuk masuk ke kampung Orang Asli ini mengambil masa 2 jam dan mereka terpaksa mengharungi jalan berbukit yang hanya boleh diakses oleh kenderaan lasak.

“Walaupun tim kami semuanya sedang berpuasa, namun ia tidak mematahkan semangat dan melemahkan tenaga kami untuk meneruskan gerak kerja kemanusiaan.

“Sepanjang berada di sini, kita telah berjaya menyantuni sebanyak 100 buah keluarga Orang Asli di sini dan rata-rata mereka kelihatan ceria ketika menyambut ketibaan kami,” tambahnya.

Dalam pada itu, Tuan Zulhanis juga berkata meskipun bantuan yang dihulurkan mungkin tidaklah besar, namun diharapkan kehadiran mereka atas niat penyatuan ummah dan merapatkan lagi silaturrahim sesama manusia dapat menjadikan Ramadan golongan Orang Asli ini lebih bermakna.


AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button