
Oleh: Izz Nazaruddin, wartawan pelatih
BAITULMAQDIS : Seramai 16 wartawan Palestin telah ditahan oleh tentera Israel, menurut kumpulan hak asasi manusia Arab.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jawatankuasa Sokongan Wartawan yang bertapak di Beirut, lapan lagi wartawan telah dipenjarakan tanpa sebarang pertuduhan dan perbicaraan.
“Empat wartawan ditahan di bawah dasar penahanan pentadbiran Israel sementara empat lagi sedang disoal siasat,” menurut kenyataannya.
Dasar penahanan pentadbiran membolehkan pegawai Israel untuk menambah tempoh penahanan tanpa pertuduhan atau perbicaraan.
Kenyataan pada Ahad dikeluarkan untuk mengisytiharkan Hari Penjara Palestin yang disambut pada 17 April bagi memperingati mereka yang ditahan dalam penjara Israel.
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) merekodkan sebanyak 174 pelanggaran undang-undang terhadap wartawan palestin tahun ini, termasuk penahanan dan menggunakan mereka sebagai perisai manusia.
NGO menyeru kumpulan hak manusia antarabangsa untuk mencelah dah melepaskan wartawan Palestin dari tahanan Israel dan menghentikan pelanggaran undang-undang terhadap mereka.
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia