Semasa

Mobile Clinic MAIWP-MAPIM mendarat di Masjid Talhah Bin ‘Ubaidillah

Oleh : Khai – Wartawan Pelatih Ummah Today 

KUALA LUMPUR: Program Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang berlangsung di Masjid Talhah Bin ‘Ubaidillah disambut dengan meriah.

Program ini berlangsung bermula 14 Oktober hingga 15 Oktober dari 10 pagi hingga 1 petang.

Rata-rata pengunjung yang hadir adalah golongan warga emas.

Reaksi pengunjung ketika menerima pemeriksaan kelihatan berpuas hati dan selesa dengan pengisian program kali ini.


“Terima kasih atas program yang dianjurkan kerana memberi pemeriksaan kesihatan yang memberi manfaat kepada penduduk sekitar,” kata Haji Daud, 73 tahun.

Zainuddin, 41, berasa teruja selepas menerima ubat-ubatan percuma melalui program ini.

“Program mobile clinic hari ini sedikit sebanyak membantu pengunjung masjid dan saya amat berterima kasih kepada MAIWP-MAPIM,” kata Zainuddin.

Bas double decker Mobile Clinic MAIWP-MAPIM memberi manfaat kepada pengunjung sekitar masjid dan keselesaan ketika pengunjung menerima konsultasi dari doktor yang bertugas.

Program Mobile Clinic MAIWP-MAPIM yang diadakan setiap minggu ini memberi pemeriksaan kesihatan dan ubat-ubatan secara percuma kepada setiap pengunjung yang hadir.

Related Articles

Back to top button