Nur Syahira-Helena Rangkul Emas Beregu Wanita Kejohanan Boling Remaja Asia

Pasangan tenpin boling negara, Nur Syahira Amani Abdullah dan Helena Jamal, mempamerkan kebangkitan bertenaga pada permainan terakhir untuk mengungguli pingat emas acara beregu wanita pada Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-25 di Pusat Boling Jaya Ancol, Jakarta, Indonesia.

Gandingan Malaysia itu mencatatkan jumlah keseluruhan 2,304 jatuhan pin menerusi enam permainan (331, 402, 385, 366, 394, dan 426) untuk menjuarai acara berkenaan.

Kejohanan berprestij tahap remaja benua Asia yang bermula 21 Ogos lalu dijadualkan berlangsung sehingga 30 Ogos.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version