Ankara : Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib yang menimpa pelarian Syria di Turki. Mereka melarikan diri daripada peperangan dan berharap hidup yang lebih baik, tetapi pandemik covid-19 melanda.
Persatuan Bulan Sabit Merah Turki menganggarkan ada empat juta pelarian di Turki dan sebahagian besarnya adalah pelarian Syria. Sebagai pemegang status pelarian, mereka tidak memiliki keizinan untuk bekerja, dan ramai antara mereka bekerja tanpa izin dalam industri pembinaan, perhotelan, dan pertanian.
Semuanya berjalan baik sehinggalah berlakunya pandemik covid-19. Sektor-sektor itu terpaksa ditutup semasa lock down bagi mengawal penyebaran virus covid-19. Akibatnya ramai antara mereka mengalami kesempitan hidup sehingga terpaksa berhutang.
Menurut Jonathan Brass pengurus operasi cawangan Turki untuk Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa, mengatakan nasib pelarian itu sangat berisiko.
“Pandemik telah menyebabkan ramai yang tidak mampu mendapatkan atau membiayai keperluan asas seperti air, elektrik, dan kesihatan. Akibatnya, mereka melakukan tindakan yang lebih berisiko, misalnya berhutang.”
Laporan daripada Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa juga menyebut, hutang pelarian Syria meningkat sebanyak 50 peratus pada tahun lalu. Ini memaksa mereka mempelbagaikan strategi untuk meneruskan hidup.
“Kualiti dan kuantiti makanan yang dimakan semakin berkurang kerana keterbatasan yang mereka miliki. Sewa rumah juga banyak yang tertunggak,” kata Brass.
Laporan itu juga memberi amaran bahawa, ‘sumber daya pelarian sudah habis, dan sekiranya ini berlanjutan keperluan pelarian akan semakin mendesak’.
Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa, memberikan bantuan tunai kepada pelarian di Turki menggunakan wang daripada Kesatuan Eropah. Ini adalah perkara yang disepakati antara Brussel dan Ankara pada tahun 2016 bagi membendung kebanjiran pelarian ke Eropah.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas Syria kerana kutipan Dana masih lagi berkurangan untuk sasaran RM6,000,000. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
ATAU
2. Salurkan Sumbangan Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987