Domestik

Peniaga pasar malam terharu menerima sumbangan MAPIM Malaysia

Pendapatan terjejas teruk

Nilai : Antara golongan yang terjejas teruk dengan pandemik covid-19 ialah peniaga pasar malam. Ini kerana antara SOP utama yang perlu dipenuhi ialah penjarakan sosial. Itu menjadi sebab pasar malam antara yang terawal diarah tutup ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0, 2.0 dan yang terkini 3.0.

Ia memberi kesan yang sangat besar kepada peniaga pasar malam. Pendapatan mereka terjejas teruk. Pada ketika PKP 1.0 masih ada moratorium automatik untuk pinjaman perumahan dan kereta, tetapi untuk PKP 3.0 sehingga kini moratorium masih tidak jelas.

Itu yang dialami oleh Rafiuddin bin Anuar. Sebelum ini beliau berniaga pasar malam di sekitar Nilai. Namun semasa PKPD, beliau terpaksa menghentikan peniagaannya. Kini beliau hanya menjalankan tempahan makanan melalui COD (cash on delivery).

“Itupun hanya cukup-cukup makan. Terkadang tidak cukup juga. Memang terpaksa berjimat, nak beli susu anak lagi.”

Beliau mempunyai tiga orang anak dan itu yang menjadi kerisauan beliau yang paling utama. Untuknya, biar dia berlapar asalkan jangan anak-anaknya.

MAPIM Malaysia dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Desaria, memberikan bantuan makanan asas kepada keluarga beliau. Ini adalah antara program kilat yang dilaksanakan MAPIM Malaysia semasa PKP 3.0 ini.

 

Menurut Ahmad Rostam, Ketua Biro Aduan Penduduk Taman Desaria, “Kita sangat bersyukur dan berterima kasih kepada MAPIM Malaysia kerana sanggup turun padang sendiri, dan memberikan bantuan kepada penduduk di taman ini yang terjejas akibat covid. Kami berharap usaha baik ini akan dicontohi oleh semua.”
——————————-

MARI LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA

#MisiUmmahBantuUmmah

MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara.

Sumbangan boleh dibuat melalui: www.BantuUmmah.com

ATAU menerusi Akaun Maybank

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM 562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu

1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Related Articles

Back to top button