Covid19DomestikSemasa

Malaysia kembali catat sifar kematian Covid-19

PUTRAJAYA: Buat pertama kali Malaysia tidak merekodkan sebarang kes kematian akibat jangkitan Covid-19 pada Ahad (semalam).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kes kematian sifar yang direkodkan kali terakhir pada 18 Disember 2020 iaitu 18 bulan lalu.

Hari ini (19 Jun), buat pertama kali sejak 18 Disember 2020, Malaysia melaporkan sifar kematian akibat Covid-19.

Peralihan berterusan kita kepada fasa endemik ditentu ukur dan dipacu oleh data. Sama-samalah kita berdoa ia terus membuahkan hasil,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Kes kematian pertama akibat Covid-19 di Malaysia dicatatkan pada 17 Mac 2020 dan sehingga kini jumlah angka korban terus meningkat kepada 35,733 kes.

Kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) atau pesakit meninggal dunia sebelumĀ  bantuan perubatan diberikan yang menyebabkan 7,579 kes dilaporkan.

Sejak penularan Covid-19 di negara ini, kes kematian paling tinggi direkodkan pada 22 September 2021 dengan 487 kes dilaporkan dan daripada jumlah berkenaan sejumlah 161 kes adalah BID.

Related Articles

Back to top button