KUALA LUMPUR : Operasi kilang minuman keras di seluruh negara diarah tutup serta-merta susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh fasa pertama yang mula dikuatkuasakan
Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata walaupun kebenaran beroperasi diberikan kepada kilang-kilang yang berasaskan makanan dan minuman, namun ia hanyalah untuk keperluan asas.
“Walaupun kebenaran beroperasi diberikan kepada kilang-kilang yang berasaskan makanan dan minuman namun ia hanya untuk keperluan asas. Kilang minuman keras adalah tidak termasuk dalam kategori keperluan asas,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini,” – Menteri Kanan Keselamatan / Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob
Dalam tempoh pelaksanaan PKP 3.0 sekarang kerajaan menguatkuasakan sekatan pergerakan penuh yang akan berlanjutan sehingga sekurang-kurangnya 14 Jun ini.
Dato’ Seri Ismail berkata, semua sektor perkilangan kecuali membabitkan 12 kategori saja yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan PKP 3.0.
Langkah itu dibuat ketika negara berdepan peningkatan mendadak kes baru Covid-19 serta jumlah kematian yang semakin membimbangkan.
“Keputusan untuk beralih dari satu fasa ke fasa yang berikutnya tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Penilaian akan dibuat berdasarkan perkembangan kes-kes harian semasa dan kapasiti hospital di seluruh negara untuk merawat pesakit Covid-19,” – Menteri Kanan Keselamatan / Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob
Sejajar dengan itu pelbagai sektor ekonomi dan sosial ditutup kecuali yang mendapat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).
Sepanjang tempoh ini, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang disenaraikan oleh MKN.
Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar