Covid19KesihatanSemasa

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa kedua diawalkan 2 hari

9.4 juta penerima vaksin disasarkan dalam fasa kedua

PUTRAJAYA: Fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang sepatutnya diadakan pada 19 April akan diawalkan dua hari sebelum itu.

Menurut beliau, kempen pendaftaran perlu digiatkan kerana hanya 30 peratus daripada tujuh juta rakyat terdiri dari golongan berumur 60 tahun ke atas dan individu mempunyai komorbiditi sudah berdaftar melalui aplikasi MySejahtera.

“Kita perlu giatkan kempen untuk meningkatkan pendaftaran vaksinasi melalui lima kaedah iaitu menerusi MySejahtera atau laman sesawang Kementerian Kesihatan (KKM), menghubungi talian hotline, hadir ke pusat kesihatan daerah dan menerusi program badan bukan kerajaan (NGO) yang juga memberi fokus kepada golongan gelandangan serta pendatang tanpa izin,” – Menteri Kesihatan/Datuk Seri Dr Adham Baba

Dr Adham berkata, sebanyak 9.4 juta penerima vaksin disasarkan dalam fasa kedua membabitkan golongan berisiko tinggi termasuk warga emas, pesakit kronik, orang kurang upaya (OKU) dan individu mempunyai komorbiditi.

Program vaksinasi akan terus dilaksanakan pada Ramadan dan menawarkan penerima vaksin untuk menerima suntikan pada waktu malam di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tertentu.

Menurut laporan Berita Harian, tindakan larangan eksport vaksin di beberapa negara bagi memenuhi permintaan domestik susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 dan kekurangan bekalan tidak akan menjejaskan program imunisasi yang sedang berjalan di Malaysia kerana pembekal sudah memberi komitmen kepada kerajaan bahawa penghantaran akan mengikut jadual.

“Perkara ini semua dijamin, jadi isu kelewatan bekalan vaksin daripada pembekal tidak berlaku pada Malaysia. Kita dapat laksanakan semua jadual dan penghantaran dalam waktu ditetapkan, tetapi kita harap penghantaran dapat dipercepatkan jika boleh,” – Menteri Kesihatan/Datuk Seri Dr Adham Baba

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Kewartawanan – Hafeez Anuar

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button