Semasa

Rakyat Syria hidup dalam kemiskinan

Pasukan Penyelaras Respons Syria berkata lebih 91% rakyat Syria hidup dalam kemiskinan di utara Syria.

Dalam satu kenyataan yang diterbitkan pada hari Jumaat lalu, seramai 3.3 juta rakyat Syria berada pada tahap kebuluran, manakala ekonomi Syria sendiri mengalami kerugian lebih daripada RM5.3 bilion.

Menurut kenyataan, jumlah penduduk Syria yang dipindahkan secara dalaman mencecah 6.6 juta orang dan jumlah penduduk Syria yang berada di kem dan juga tempat perlindungan pelarian mencecah 1.9 juta.

Bilangan kanak-kanak yang tercicir daripada sekolah mencecah 2.65 juta orang dan lebih 42% sekolah di utara Syria telah musnah.

Selain itu, peratusan infrastruktur dan projek penting yang musnah telah melebihi 68%.

“Harga bahan asas meningkat lebih daripada 140 kali ganda sehingga akhir tahun 2021,”

“Berhubung sector perubatan, lebih 78% hospital dan klinik musnah, tidak beroperasi dan lebih 1.8 juta orang awam telah cedera akibat operasi ketenteraan,” kata mereka.

Mengikut laporan, puluhan ribu orang awam telah kehilangan nyawa dan hilang akibat serangan yang dilancarkan oleh rejim Syria dan sekutu mereka iaitu, Iran dan Rusia.

–AGENSI

Oleh: Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof

 

Bagi anda yang ingin merebut peluang menyalurkan sumbangan bagi pembangunan Bandar Wakaf Malaysia ini, boleh layari ke www.rayuansyria.com atau akaun Maybank Dana Mapim Syria Emergency Appeal bernombor 5628 3463 6987.

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button