DuniaPalestin

Ribuan penceroboh Israel serbu perkarangan Masjid Al-Aqsa

BAITULMAQDIS : Hampir 2,000 penceroboh Israel menyerbu masuk ke kawasan Masjid Al-Aqsa, di tengah-tengah ketegangan perarakan bendera yang dirancang oleh Zionis melalui bandar yang diduduki.

Jabatan Wakaf Islam yang dikendalikan Jordan berkata kira-kira 3,000 polis Israel telah dikerahkan di seluruh bandar sebelum perarakan, di mana nasionalis Israel mengibarkan bendera merancang untuk berarak menerusi tengah-tengah jalan utama Palestin di Kota Lama.

Saksi berkata polis Israel menyerbu halaman masjid dan membenarkan penceroboh masuk ke kawasan tersebut melalui Pintu Al-Mugharbah di perkarangan itu.

Ahli parlimen sayap kanan Itamar Ben-Gvir, seorang tokoh pembangkang Israel yang terkenal, dan beberapa penyokongnya dilaporkan antara mereka yang menyerbu kompleks itu pada hari Ahad.

Jordan mengecam lawatan Ben-Gvir tindakan tersebut dan memberi amaran bahawa “perarakan provokatif semakin meningkat” boleh memburukkan lagi keadaan.

Menurut saksi, polis Israel mengejar jemaah Palestin di dalam kompleks itu sehingga menyebabkan beberapa jemaah turut ditahan oleh tentera Israel.

Dalam pada itu, Kementerian Luar Palestin menuduh pihak berkuasa Israel menganjurkan pencerobohan peneroka ke dalam kompleks Al-Aqsa.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu menganggap Israel “bertanggungjawab sepenuhnya atas pencerobohan ini dan kesannya ke atas seluruh rantau,” seterusnya menyeru pentadbiran A.S. dan masyarakat antarabangsa untuk memikul tanggungjawab mereka terhadap Baitulmaqdis.

Tanpa penjelasan, polis Israel mengambil langkah yang jarang berlaku untuk menghalang wartawan Palestin, termasuk seorang jurugambar Associated Press, daripada memasuki kawasan itu.

Perarakan tahunan itu diadakan di Baitylmuqaddis bagi meraikan kejayaan Zionis menawan Kota Lama dalam perang Asia Barat pada 1967, menyaksikan penduduk Yahudi bersorak dan berarak di tengah jalan.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button