Semasa

RMT : murid-murid diberi nasi dan kuah sahaja

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneliti dakwaan bahawa di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT), kanak-kanak hanya diberi nasi dan kuah.

Menteri Pendidikan Kanan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata beliau sudah dimaklumkan dakwaan itu dan telah arahkan siasatan.

“Malam tadi, saya dimaklumkan tentang tular di Facebook yang memaparkan gambar nasi putih dan kuah yang kononnya dijadikan hidangan kepada pelajar RMT.

“Saya memandang serius dakwaan itu dan telah mengarahkan lebih banyak siasatan, mengenalpasti sekolah terbabit,” katanya hari ini dalam hantaran Facebook.

Dr Radzi berkata, KPM tidak berkompromi dalam hal yang membabitkan kebajikan murid.

Terdahulu, seorang pemilik akaun Facebook memuat naik gambar makanan yang didakwa dibawa pulang cucu saudara dari sekolah.

Menerusi hantaran itu, individu terbabit turut memuat naik gambar bungkusan nasi putih bersama kuah yang diberitahu cucu saudara kepada ibunya bahawa ia makanan RMT.

“Sadis betul. Makanan apa yang diberi untuk budak-budak dekat sekolah? Adakah peruntukan RMT terlalu sedikit sampai pengusaha kantin beri makanan begini kepada budak-budak,” tulisnya.

-AGENSI

Related Articles

Back to top button