
Maran : Sebaik Tim Misi Bantuan Kecemasan Banjir MAPIM mendarat di Chenor, Pahang, mereka melihat pemandangan yang sangat mengharukan.

Menurut ketua misi (Dr) Sani Araby Al Kahery, “Sayu dan hiba hati melihat rumah dinaiki air sampai ke paras bumbung, kereta langsung tenggelam. Biarpun selamat dipindahkan di bangunan sekolah namun hati saudara kita yang menjadi mangsa ini masih perlu diberi sokongan serta kata-kata penguat agar mereka tidak depresi serta berasa keseorangan dalam berhadapan dengan ujian besar ini.”
Maulana Helmi sempat menyampaikan kata-kata semangat dari sampan yang MAPIM naiki kepada mangsa banjir sekolah rendah Kertau, Maran. Ada yang tadinya sugul kini nampak sedikit senyum dan ceria apabila ada yang datang memberi kata-kata semangat.
Keadaan banjir memang sudah tidak terkawal. Air sungai melimpah, rumah tenggelam, haiwan ternakan banyak yang tidak sempat diselamatkan. Tim MAPIM Malaysia memandang dengan rasa sangat sebak.
Sebelum berpisah, team MAPIM sempat mengagihkan makanan yang siap masak tajaan Al-Araby Mathaam kepada semua mangsa di blok sekolah ini. Nampak wajah mereka seronok dan terharu sekali dapat makan Nasi Mendy saat air sudah hampir 1 tingkat bangunan ditenggelami air.
Itu antara yang MAPIM usahakan bagi memberi keselesaan kepada mangsa banjir. Mereka bukan sahaja perlukan bantuan makanan dan keperluan asas yang lain, tetapi juga sokongan daripada segi emosi. Ini kerana banjir bukan sahaja meranapkan rumah tetapi juga semangat.
Selepas ini MAPIM akan menggerakkan pula bantuan kecemasan dari darat bagi membantu mangsa banjir membersihkan rumah mereka dan membantu penyediaan makanan untuk mangsa dan petugas bahagian hadapan.



======
MAPIM kini melancarkan misi khas bantuan kecemasan untuk semua mangsa banjir.
Antara bantuan kecemasan yg akan digerakkan segera adalah
– 10,000 kotak bantuan makanan
– 5,000 kotak hygience kit
– Food Truck Makanan Panas utk petugas dan mangsa
– Double-Decker Mobile Clinic utk rawat mangsa dan mereka yg memerlukan
– double decker bas membawa 80 aktivist MAPIM
– Team pasca banjir utk bersihkan kawasan/rumah
– Bantuan lain mengikut keperluan semasa dilapangan
Sumbangan boleh dibuat melalui:
▶️www.bantuummah.com
▶️www.bantuummah.com
▶️www.bantuummah.com
atau
menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066