Semasa

“Dari lubuk hati yang benar-benar ikhlas, sekali lagi memohon maaf atas apa yang berlaku”

Tempoh kuarantin beri peluang muhasabah, kongsi kad laporan

Kuala Lumpur : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyifatkan tempoh kuarantin yang terpaksa dilalui beliau memberi peluang untuknya bermuhasabah dan meneliti ruang pembaikan.

Beliau kini menjalani rawatan selepas disahkan positif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), semalam.

Beliau turut memohon maaf terhadap apa yang berlaku.

“Tempoh masa yang dikurniakan Allah SWT pada ketika ini memberi peluang untuk saya bermuhasabah dan meneliti ruang penambahbaikan masa mendatang.”

“Saya dari lubuk hati yang benar-benar ikhlas, sekali lagi memohon maaf atas apa yang berlaku,”
Luahan hati beliau dinyatakan menerusi laman media sosial milik beliau.

 

Pada masa yang sama Datuk Dr Zulkifli, berkongsi kad laporan bagi bulan Ogos bagi agensi-agensi di bawah portfolionya.

Katanya telah menjadi amanah dan tanggungjawab buat dirinya dalam melaporkan sebarang perkembangan tadbir urus hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan.

Laporan sedemikian telah dilakukan beliau sejak bukan Mac 2020.

Menurutnya, setiap sen yang dibelanjakan bagi sebarang bentuk urusan terkait tadbir urus Islam di peringkat Persekutuan adalah amanah daripada rakyat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Saya berharap Kad Laporan Bulanan ini dapat memberi gambaran secara umum tentang apa kami laksanakan setiap bulan terutamanya dengan fokus kepada pandemik Covid-19 pada masa ini. Semoga Allah SWT terus memayungi Malaysia dengan rahmat dan kasih sayang-Nya,” katanya.

Beliau turut menyarankan orang ramai merujuk laman rasmi setiap agensi di bawahnya untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button