
DUNGUN : Sebuah kenderaan Myvi (Perodua) kuning mengelak daripada kenderaan pelbagai guna (MPV) yang memasuki laluannya sehingga menyebabkan kemalangan maut di Kilometer 91.1, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Air Hitam di sini, semalam.
Mangsa kemalangan, Mohamad Haszaniza Sulong@Zakaria, 27, meninggal dunia dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu akibat kecederaan di beberapa anggota badan setelah kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta jenis Mercedes Benz.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, Mohamad Haszaniza dikatakan dalam perjalanan menuju ke arah Kuala Terengganu dari Kuantan, Pahang.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah MPV yang masih belum dikenalpasti dikatakan telah memasuki laluan bertentangan untuk memotong kenderaan lain dan kereta Myvi (Perodua) yang dipandu mangsa cuba mengelak daripada dirempuh MPV yang terlalu hampir itu dengan memasuki laluan bertentangan,” katanya.
Baharudin berkata, reaksi spontan itu menyebabkan kereta Myvi (Perodua) mangsa terbabas lalu bertembung dengan kereta jenis Mercedes Benz.
Baharudin berkata, polis sedang menyiasat dan menjejak identiti pemandu MPV yang didakwa mencetuskan kemalangan maut itu.
“Setakat ini, polis telah mendapatkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kes kemalangan itu daripada Majlis Perbandaran Dungun dan sebuah premis milik syarikat swasta untuk siasatan lanjut,” katanya.
DUNGUN: Seorang pemuda maut selepas kereta PERODUA Myvi dipandunya bertembung kereta lain di di Kilometer 91.1, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Air Hitam, Paka, hari ini.
MPV hitam dicari pihak polis pic.twitter.com/GQDpOAxF9u
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) January 10, 2022
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today