PalestinSemasa

Sekumpulan pelampau israel menceroboh Masjid Al-Aqsa

BAITULMAQDIS: Berpuluh-puluh pelampau israel yang dikawal oleh polis israel menyerbu perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang dijajah.

Pelampau israel memasuki perkarangan itu melalui Gerbang Maghribi secara berkumpulan dan melakukan ritual  di bawah perlindungan pegawai polis israel, kata sumber tempatan.

Kredit Foto WAFA News Agency

Sejak 2003, pihak berkuasa pendudukan israel telah membenarkan pelampau israel memasuki kawasan itu hampir setiap hari.

Islamic Awqaf, pihak berkuasa Jordan yang bertanggungjawab ke atas tapak suci itu, telah berulang kali menyifatkan kehadiran pelampau di Masjid Al-Aqsa sebagai provokatif, menyebabkan bahawa jemaah dan pengawal Palestin di Al-Aqsa berasa tidak selesa dengan kehadiran israel di tapak suci Islam.

Israel menawan Baitulmaqdis Timur, di mana terletaknya Masjid Al-Aqsa, semasa Perang Enam Hari pada 1967 dalam satu tindakan yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button