JENIN: Tentera israel menyerbu kem pelarian Jenin, membunuh 3 rakyat Palestin dan mencederakan sekurang-kurangnya 29 yang lain.
Serbuan bermula awal pagi Isnin, dengan tentera israel menyerbu kem, melepaskan peluru hidup, bom tangan dan gas toksik, menurut agensi berita WAFA.
Salah seorang rakyat Palestin yang terbunuh adalah kanak-kanak dibawah umur.
Kementerian Kesihatan Palestin telah mengenal pasti mangsa sebagai Khaled Darwish, 21, Qassam Sariya, 19, dan Ahmed Saqr, 15.
Dua belas daripada 29 orang yang cedera telah dipindahkan ke Hospital Kerajaan Jenin, termasuk dua kecederaan kritikal, lapor Agensi Berita Rasmi Palestin WAFA.
Salah seorang daripada kumpulan itu adalah seorang gadis.
For the first time since 2000, lsraeli occupation forces uses warplanes during a mass raid on Jenin. pic.twitter.com/trRm5ofz5t
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) June 19, 2023
16 lagi yang cedera dipindahkan ke Hospital Khusus Ibn Sina, termasuk tiga yang mengalami kecederaan serius di dada serta leher, tambah agensi berita Wafa.
Wartawan WAFA melaporkan, bahawa tentera pendudukan menyerbu rumah Musab al-Barmaki di kawasan kejiranan al-Jabriyat, dan menggunakan penduduknya sebagai perisai manusia.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia