DomestikKerohanianSemasa

UAI dibenarkan beri ceramah di Melaka

MELAKA : Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) bakal bertandang ke negeri ini untuk memberikan ceramah di Masjid Al-Wahhab, Permata Duyong, pada ahad ini.

Mohd. Noor Helmy Abdul Halem berkata, Jabatan Mufti Melaka memberi kebenaran khas kepada UAI dan ia secara langsung menolak dakwaan sebelum ini yang mengatakan penceramah bebas berasal dari Terengganu itu ‘digam’ di Melaka.

Program itu hasil anjuran bersama pihak masjid, Persatuan Lembah Duyong dan Kompleks Jawatankuasa Pembangunan serta Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Duyong dan sesi ceramah itu akan dilaksanakan selepas solat Maghrib.

” Alhamdulillah, ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Al Wahhab dengan kebenaran rasmi.
” Terima kasih kepada kepimpinan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali (Ketua Menteri) atas usaha meletakkan kepentingan agama yang pertama.
“Selalu orang bercakap UAI kena gam di Melaka dan buat ceramah main langgar saja, tetapi kini tidak lagi,” katanya dalam kiriman di Facebook.
Berdasarkan surat kebenaran yang disiarkan di Facebooknya, Jabatan Mufti Melaka telah mengeluarkan surat kebenaran bertarikh 10 Jun 2022 yang memaklumkan kebenaran membawa UAI berceramah di masjid berkenaan.
Dalam pada itu, setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan, jabatan itu bersetuju memberikan kebenaran khas kepada pendakwah tersebut.
Sumber FB Mohd Noor Helmy

Related Articles

Back to top button