Dunia

Wales larang hukuman fizikal terhadap kanak-kanak

LONDON : Tindakan merotan, memukul dan menampar oleh ibu bapa sebagai didikan kepada anak-anak mereka adalah dilarang, menurut pihak berkuasa Wales.

Pihak kerajaan Welsh dan beberapa agensi perlindungan kanak-kanak menganggap undang-undang baharu sebagai satu sejarah dan telah mula berkuat kuasa sejak semalm.

Mereka turut menyeru supaya seluruh Britain juga melaksanakan peraturan sama.

Sementara itu, sekiranya orang awam mengetahui mana-mana ibu bapa yang bertindak sedemikian, mereka digesa untuk memaklumkan kepada perkhidmatan sosial atau pihak polis.

Namun, langkah tersebut menimbulkan kebimbangan dari pengkritik-pengkritik bahawa peraturan tersebut menakutkan ibu bapa yang cuba melakukan yang terbaik bagi mendidik anak-anak mereka.

Ia juga boleh menimbulkan kes dakwaan palsu oleh kanak-kanak nakal atau jiran berniat jahat.

Undang-undang baharu itu menghapuskan alasan ā€˜hukuman munasabah’ yang sudah sekian lama digunakan oleh ibu bapa di Britain dan Wales.

Timbalan Menteri Perkhidmatan Masyarakat, Julie Morgan berkata semua bentuk hukuman fizikal yang dikenakan terhadap kanak-kanak seperti memukul, menampar dan menggoncang mereka kini diharamkan.

Ia turut merangkumi pelancong luar yang melawat Wales.

ā€˜ā€™Sejarah telah tercipta pada hari ini (kelmarin) bagi kanak-kanak dan hak mereka di Wales berikutan tindakan menghukum kanak-kanak secara fizikal sebagai perkara yang telah berlalu,ā€ katanya.

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button