DomestikKesihatanSemasa

Mobile Clinic MAIWP-MAPIM berkhidmat untuk warga PPR Seri Semarak hari ini

KUALA LUMPUR : Hampir setiap minggu program Mobile Clinic yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) ini beroperasi di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.

Para doktor dan sukarelawan yang terlibat tidak pernah kenal erti lelah dalam menjayakan inisiatif ini demi berkhidmat melaksanakan tugas murni dan sering mendapat pujian dari orang ramai.

Terkini, bas klinik tersebut telah tiba di Surau Jumaat Al Husna Seri Semarak dan merekodkan seramai 60 orang yang hadir merebut peluang mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma ini.

Menurut Pengerusi PPR Seri Semarak, Jumaat Yunos, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada MAIWP dan MAPIM kerana prihatin terhadap situasi masyarakat yang mengalami masalah untuk hadir ke klinik atas faktor kesihatan.

“Program ini adalah sangat bagus untuk mengetahui tahap kesihatan lebih awal dan mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor mengenai penyakit yang dihidapi. Kebanyakan penduduk di sini terdiri dari warga emas mengalami masalah untuk hadir ke hospital atau klinik atas faktor usia

“Jadi saya harap inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak iaitu MAIWP dan MAPIM yang bekerjasama melaksanakan tugas murni ini ini diteruskan lagi, mungkin sebulan sekali atau seminggu sekali,” katanya ketika ditemubual UMMAHToday.

Seramai dua doktor bertugas hari ini serta dibantu oleh seramai tujuh sukarelawan bersama-sama berganding bahu menjayakan program Mobile Clinic ini dan akan bersambung pada esok hari.


AYUH INFAQ AMBIL PELUANG GANDAKAN PAHALA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati menjemput sahabat budiman yang dermawan untuk sama menjayakan agenda peduli ummah 365 hari MAPIM Malaysia dengan misi bantuan dan jelajah khidmat untuk dalam negara. Sumbangan anda mengukir senyuman saudara yang memerlukan dan ringankan beban.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

atau infaq menerusi
www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button