Covid19Semasa

412,026 kanak-kanak lengkap vaksin COVID-19

Oleh: Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof

KUALA LUMPUR : Seramai 412,026 kanak-kanak berumur lima dan 11 tahun, atau 11.6% daripada populasi mereka di Malaysia telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Untuk Kanak-Kanak (PICKids), semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, seramai 1,412,867 kanak-kanak dalam kumpulan yang sama atau 39.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 2,873,414 bersamaan 92.4% golongan remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun telah lengkap vaksinasi manakala 2,974,984 individu atau 95.7% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Tambahan pula, bagi populasi dewasa, seramai 15,974,034 individu atau 67.9% telah menerima dos penggalak, manakala 22,960,906 iaitu 97.6% telah menyelesaikan kedua-dua dos dan 23,238,026 atau 98.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sebanyak 60,184 dos vaksin COVID-19 telah dikeluarkan semalam, dengan 11,268 daripadanya sebagai dos pertama, 45,359 sebagai dos kedua dan 3,557 sebagai dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin ditadbir di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), kepada 69,633,398.

Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sebanyak 12 kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dan negeri dengan kes kematian tertinggi diduduki oleh Kedah iaitu empat kes, Pulau Pinang dengan tiga kes, dua kes di Sarawak dan setiap satu kes kematian di Melaka, Perak dan Selangor.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button