SemasaSyria

5 sekeluarga terselamat dari runtuhan gempa di Syria

IDLIB : Beribu-ribu pekerja penyelamat masih mencari mangsa di bangunan yang runtuh selepas gempa bumi meninggalkan kesan kemusnahan besar di Syria dan Turkiye.

Keajaiban berlaku apabila lima sekeluarga berjaya diselamatkan walaupun sudah beberapa hari di dalam runtuhan.

Tiga kanak-kanak dan dua orang dewasa ditarik keluar dari runtuhan rumah mereka dan orang ramai bersorak sambil melaungkan takbir.

Video itu dikongsi oleh pertubuhan sukarelawan Pertahanan Awam Syria, The White Helmets yang menunjukkan pekerja penyelamat membawa kanak-kanak ke ambulan. Orang dewasa pula dilihat dibawa keluar dari bangunan yang runtuh menggunakan pengusung.

MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE – SYRIA

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank  : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button