DuniaSemasa

7 maut, 45 cedera dalam insiden kereta api tergelincir di India

BENGAL : Insiden kereta api tergelincir daripada landasan telah menyebabkan sekurang-kurangya tujuh orang terkorban manakala 45 yang lain cedera pada Khamis di negeri Bengal barat, India.

Majistret daerah Jalpaiguri berkata 12 gerabak kereta api tersebut dilaporkan terkeluar daripada landasan manakala tiga lagi terbalik ketika berhampiran stesen kereta api Moynaguri di daerah Jalpaiguri di Bengal Barat.

Kereta api itu sedang melepasi Jalpaiguri ketika kejadian dianggarkan lebih 1,000 penumpang berada di dalamnya, termasuk 308 yang menaiki kereta api dari Bikaner.

Kesemua yang cedera sedang dirawat di hospital.

Berikutan perkhidmatan rangkaian kereta api di India semakin berusia, kemalangan seperti sedemikian dianggap perkara biasa terjadi di negara itu.

Ini menimbulkan kebimbangan kerana sistem kereta api di India merangkumi 9,000 buah kereta api dan membawa kira-kira 23 juta penumpang setiap hari.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button